Monday, June 1, 2015
Nisfu Sya'ban
Assalamualaikum w.b.t. semua!
Saban tahun, kita selalu mendengar peristiwa 'Nisfu Sya'ban' yang semestinya, berlaku pada bulan Sya'ban, bulan ke-8 dalam kalender Hijriah. Namun apakah kita mengetahui apa itu Nisfu Sya'ban yang disebut-sebut ini? Apakah kelebihannya? Nak tahu? Mari menyelaminya!
Nisfu Sya'ban dari segi bahasa mengikut bahasa Arab, Nisfu (نصف) bermaksud setengah dan Sya'ban bermaksud bulan ke-8 dalam bulan-bulan Islam yang mengikut peredaran bulan. Nisfu Sya'ban bermakna 'setengah daripada bulan Sya'ban' atau lebih tepat, 15 Sya'ban memandangkan 1 bulan = ~30 hari. Tentunya, dengan tarikh yang sering disebut-sebut ini ada kelebihannya.
Perlu dinyatakan juga, hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Dalam sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
Kelebihan Nisfu Sya'ban
1) Diampuni dosa-dosa hambanya
2) Doa dikabulkan
3) Allah menurunkan rahmat-Nya dengan banyak sekali
4) Allah mengutus Malaikat Jibris a.s. untuk menghiasi syurga
5) Allah melepaskan hambanya dari api neraka pada malam ini sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir
6) Allah menambahkan Air Zamzam pada malamnya
Amalan-amalan yang Digalakkan untuk Dilakukan pada Nisfu Sya'ban
Antara amalan-amalan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri ialah:
1) Berpuasa pada siangya
2) Bangun malam dan berjaga serta beribadat
3) Banyakkan beristighfar untuk diampuni dosa
4) Banyakkan berdoa kerana doa mudah dimakbulkan
5) Melakukan Solat Nisfu Sya'ban
6) Membaca Al-Quran (Mudah bukan?)
Tidak lupa juga, banyak fadhilat-fadhilat melakukan amalan-amalan tersebut. Antaranya ialah, panjang umur sihat wal’afiat dan selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
Akhir kata, marilah kita menghidupkan malam ini dengan beribadat dan berpuasa pada siangnya untuk merebut segala ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t.
Terdapat banyak lagi kelebihan yang belum dinyatakan tetapi artikel ini sudah saya rasakan cukup panjang. Lagi-lagi, tak ramai yang suka baca artikel yang berjela-jela.
Laman-laman yang berkaitan dengan Nisfu Sya'ban (untuk bacaan lanjut)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nisfu_Syaaban
http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=302%3Airsyad-fatwa-ke-28-bulan-sya-ban-keistimewanya-mengikut-neraca-nas&catid=48&Itemid=333
http://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/
http://www.zakatns.com.my/ver4/tazkirah/128-syaaban-dan-malam-nisfu-syaaban
Selamat beribadah!
Sekian,
Assalamualaikum w.b.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment